Sunday, July 2, 2017

ASBABUN NUZUL


Turunnya surah Al-Kaafirun dilatar belakangi oleh ajakan kaum musyrikin Quraisy yang tidak mampu untuk membendung dakwah Rasulullah SAW dengan pujukan sehingga dengan cara penyiksaan, namun tetap mengalami kegagalan. Akhirnya timbul gagasan mereka untuk mengajak kompromi dengan Rasulullah SAW.


Diriwayatkan oleh Ath- thabarani dan Ibnu Abi Hatim, yang bersumber dari Ibnu 'Abbas bahawa kaum Quraisy berusaha mempengaruhi Nabi Muhammad SAW dengan menawar harta kekayaan agar beliau menjadi orang yang paling kaya di kota Mekah. Mereka juga menawarkan kepada beliau untuk menikahi wanita mana saja yang beliau kehendaki. Upaya tersebut mereka sampaikan kepada beliau seraya berkata "Inilah yang kami sediakan bagimu hai Muhammad, dengan syarat engkau jangan memaki-maki tuhan-tuhan kami dan menjelek-jelekkannya atau sembahlah tuhan-tuhan kami selama setahun."

Nabi Muhammad menjawab :"Aku akan menunggu wahyu dari Rabb-ku." Surah ini turun berkenaan dengan peristiwa itu sebagai perintah untuk menolak tawaran kaum kafir itu. Dan Rasulullah SAW dengan tegas menolak ajakan mereka dengan berkata kepada mereka,"Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan pun menyatakan bahawa mereka orang-orang kafir Quraisy pun tidak ikhlas akan menyembah Allah sebaimana yang mereka janjikan kepada Rasulullah.

Dan turun pula surah az-Zummar ayat 64. Katakanlah:"Maka apakah kamu menyuruh aku menyembah selain Allah, Hai orang-orang yang tidak berpengetahuan?" sebagai menolak ajakan orang-orang bodoh yang menyembah berhala.

Oleh kerana itu maka jelaslah tidak ada paksaan dalam menganut agama Islam, namun begitu, jalan yang benar dan jalan yang sesat sangat jelas kerana Allah SWT sudah memberikan dua jalan di dunia ini, jalan kebenaran dan jalan kesesatan. Maka terserahlah kepada manusia memilih jalan yang mana diantara keduanya.

Diriwayat oleh 'Abdurrazaq yang bersumber dari Wahab; dan diriwayatkan pula oleh Ibnul Mundzir yang bersumber dari Juraij bahawa kaum kafir Quraisy berkata kepada Nabi, "Bersediakah engkau mengikuti agama kami setahun dan kami juga akan mengikuti agamamu setahun?" Allah lalu menurunkan ayat-ayat dalam surah ini secara keseluruhan."

Ibnu Abi Hatim meriwayatkan hal senada dari Ibnu Juraij. Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari Said bin Mina yang berkata, "Wahai Muhammad, mari menyembah Tuhan yang kami sembah dan sebagai balasannya kami juga akan menyembah Tuhan yang engkau sembah. Selanjutnya, kami juga akan mengikutsertakan engkau dalam seluruh urusan kami." Allah SWT lalu menurunkan ayat ini.

PENGAJARAN

1. Penetapan akidah tentang qadha dan qadar terhadap orang-orang kafir dan mukmin.

2. Perlindungan Allah SWT terhadap Rasulullah SAW dan terpeliharanya beliau dari menerima usulan kaum musyrikin yang bathil.

3. Penetapan kewajipan pemisahan antara orang-orang yang beriman dan orang-orang kafir dan musyrik.

No comments:

Post a Comment